10/3/2016: MODUL PENGURUSAN BENCANA: TINGKAT KECEKAPAN KADET PTD KENDALI BENCANA

Modul Pengurusan Bencana dan Ketenteraman Awam (PEBAKA) mampu melahirkan para Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang memiliki ketahanan diri dan mantap dari segi pengurusan bencana.

Ia sekaligus membentuk keyakinan diri, disiplin, tanggungjawab dan kesiapsiagaan kadet PTD dalam berdepan kerjaya sebenar apabila dilantik kelak.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Nordin Pauzi, modul tersebut juga berperanan dalam menentukan tanggungjawab semua agensi terlibat ketika bencana.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang media selepas penutupan PEBAKA Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam di Kota Kinabalu.

Seramai 70 peserta Kadet Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) Siri 4, 2015/2016 berjaya menamatkan modul PEBAKA itu.

End/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s