11/3/2016: JABATAN PENDIDIKAN SABAH SIASAT GURU DIDAKWA MUAT NAIK VIDEO LUCAH…

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang guru di daerah Sandakan berhubung dakwaan mewujudkan kumpulan WhatsApp dan memuat naik video berunsur lucah untuk tatapan anggota kumpulan tersebut.

Pengarahnya, Datuk Jame Alip berkata, jabatan tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap guru tersebut jika terbukti melakukan perbuatan tidak bermoral itu. Ia sama ada memindahkan guru terbabit serta merta ke sekolah lain dan disusuli dengan tindakan lain.

Ini kerana, perbuatan berkenaan jelas mencemarkan nama baik jabatan dan profesion perguruan.

Pihaknya juga telah mengenal pasti guru terbabit, bagaimanapun perkara itu masih dalam peringkat siasatan.

Datuk Jame menegaskan demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan tersebut, semasa melakukan lawatan mengejut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar di Sandakan.

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s