11/3/2016: JANGAN BUAT PENYAMBUNGAN ELEKTRIK SECARA HARAM…

Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan aktiviti pendawaian elektrik secara haram kerana ia adalah salah disisi undang-undang malah boleh mengundang risiko kebakaran.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menyebabkan kemusnahan harta benda malah boleh meragut nyawa.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Titingan, Tawau.

Dalam kejadian kebakaran malam Rabu lalu itu, sembilan pintu gerai menjual buah, beras dan lain-lain barangan musnah.

Datuk Tawfiq yang juga Wakil Rakyat Apas turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati serta mengawasi kanak-kanak bagi mengelak kebakaran, lebih-lebih lagi pada musim kemarau ini.

Terdahulu, Datuk Tawfiq merasmikan Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) ke-47 di Komplek Sukan Tawau.

Kejohanan itu disertai kira-kira 800 atlet mewakili sekolah rendah dan menengah di daerah tersebut.

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s