11/3/2016: KAD PERAKUAN NIKAH NEGERI SABAH DILENGKAPI CIRI-CIRI KESELAMATAN…

Kad Perakuan Nikah Negeri Sabah dilengkapi ciri-ciri keselamatan bagi mengelak peniruan dan penipuan.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd Ariffin Haji Mohd Arif berkata, ciri-ciri keselamatan itu termasuklah penghasilan QR Code dimana maklumat asal hanya boleh dibaca dengan pembaca QR Code dan kata kunci yang betul.

Selain itu, kad nikah berukuran seperti kad pengenalan itu juga mempunyai data tersembunyi yang boleh dilihat dengan menggunakan Decoder dengan teks Mikro Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)

Datuk Ariffin yang juga Menteri bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam Negeri menyatakan perkara itu dalam satu Kenyataan di Beaufort.

Ujarnya, penghasilan kad perakuan nikah yang mula dilancarkan April tahun lalu, merupakan bukti komitmen kerajaan dalam melakukan transformasi berkaitan pentadbiran hal ehwal perkahwinan di negeri ini. Ia sekaligus memudahkan pasangan yang sudah berkahwin untuk membawanya sebagai bukti perkahwinan.

Urusan permohonan boleh dilakukan di pejabat JHEAINS daerah atau ibu pejabat JHEAINS Kota Kinabalu dengan bayaran 55 ringgit bagi dua kad nikah berkenaan.

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s