11/3/2016: PEMBEKAL MAKANAN DI ASRAMA PERLU TITIKBERAT ASPEK KEBERSIHAN..

Jabatan Pendidikan Negeri (JPNS) mahu semua kontraktor pembekal makanan di asrama sekolah-sekolah di negeri ini supaya menekankan aspek kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan kepada penghuni asrama.

Datuk Jame berkata, penekanan itu khusus terhadap aspek kebersihan penyediaan makanan dan pekerja bagi mengelak pelajar keracunan.

Ia boleh dilaksana dengan mengikuti program 3K iaitu Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan.

Tegasnya, JPNS juga tidak akan berkompromi terhadap kontraktor pembekal makanan yang tidak mematuhi peraturan pembekalan dengan mengurangkan kuantiti dan kualiti makanan kepada penghuni asrama demi mengaut keuntungan semata-mata.

Menurutnya, pembekal juga perlu menyediakan stok makanan mencukupi sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hari sebagai bekalan sekiranya berlaku sebarang bencana.

Mengulas mengenai aspek keselamatan, beliau mahu pengetua sekolah yang mempunyai asrama untuk meningkatkan tahap keselamatan, khususnya di pintu masuk sekolah bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s