11/3/2016: PERBICARAAN KES PENCEROBOHAN LAHAD DATU…

Seorang daripada tertuduh Warga Filipina dalam kes pencerobohan Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bahawa dia diperdaya supaya datang ke Sabah untuk bekerja dan dijanjikan diberi kad pengenalan Malaysia.

Tertuduh, Basad Mannuel berkata, dia dijanjikan pekerjaan oleh seorang individu bernama Eddy, berbangsa suluk yang dikenali semasa berkunjung ke kampung halamannya di Filipina.

Individu tersebut menawarkan pekerjaan kepada Basad kerana dia memiliki Ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat dari Kolej Swasta di Filipina.

Menurut Basad, lebih meyakinkan apabila Eddy menyatakan pekerjaan itu atas jemputan daripada kerajaan Malaysia dan dokumen perjalanan akan diurus sepenuhnya kerajaan Malaysia.

Tertuduh juga tidak bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, bahawa dia bersetuju untuk menerima tawaran pekerjaan itu tanpa mempertimbangkannya.

Tertuduh menyatakan demikian ketika memberi keterangan dalam bahasa suluk dari kandang saksi, yang diterjemahkan jurubahasa mahkamah.

Basad membela diri daripada tuduhan melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong melalui satu pencerobohan pada 2013.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s