11/3/2016: SEKOLAH SENI MALAYSIA BAKAL DIBINA DI SANDAKAN…

Sabah bakal menjadi negeri keempat selepas Johor, Sarawak dan Kuala Lumpur yang mempunyai Sekolah Seni Malaysia (S.S.e.M). Ia bagi melahirkan ahli seni dan budayawan dalam usaha memelihara khazanah budaya dan kesenian.

Sekolah tersebut akan dibina di tapak seluas 16 hektar di kawasan Hub Pendidikan yang terletak di Batu 10, Sandakan. Peruntukkan sejumlah 70 juta ringgit telah diluluskan Kementerian Pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) Rolling Plan kedua.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman memberitahu, pewujudan sekolah itu merupakan langkah yang tepat kerana negeri ini kaya dengan khazanah budaya, tradisi dan kesenian yang unik.

Katanya, kerajaan negeri menyokong penuh usaha tersebut bagi menyediakan kemahiran, menggilap dan menggarap potensi serta bakat diri generasi muda di Sabah. Ini termasuk dalam menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif melalui pendidikan yang berkualiti

Beliau menyatakan demikian kepada Pemberita selepas Merasmikan Pelancaran Program Pendidikan Seni Zon Sabah di Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura Sandakan.

Datuk Musa berharap, agar sekolah itu mampu melahirkan pelajar cemerlang serta budayawan bertaraf dunia.

End/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s