11/3/2016: UMNO PENAMPANG SOKONG PUCUK KEPIMPINAN PARTI…

UMNO Bahagian Penampang kekal teguh menyokong penuh pucuk pimpinan parti yang dipilih secara sah melalui proses demokrasi.

Ketuanya, Datuk John Ambrose berkata, UMNO Bahagian Penampang menolak ‘deklarasi Mahathir’ yang disifatkan menanamkan politik kebencian rakyat terhadap parti UMNO dan kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional.

Beliau menyatakan demikian sebelum memulakan mesyuarat UMNO Bahagian Penampang di Kota Kinabalu.

Katanya, UMNO Bahagian Penampang menggesa tindakan disiplin diambil terhadap pemimpin UMNO yang terlibat dalam menandatangani deklarasi itu dan bersekongkol dengan pembangkang.

Ini kerana perbuatan mereka itu jelas menyalahi perlembagaan UMNO yang menggariskan peraturan agar setiap anggotanya taat setia kepada pemimpin dan memelihara kesejahteraan parti.

Pada 4 Mac lalu, bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengetuai kumpulan lebih 50 orang memeterai deklarasi tersebut menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s