16/3/2016: El-NINO DIJANGKA BERTERUSAN SEHINGGA AWAL APRIL DEPAN….

Fenomena cuaca panas atau El Nino yang melanda negara dijangka berterusan hingga penghujung Mac atau awal April ini. Sabah tidak terkecuali menerima kesan fenomena alam ini.

Menurut Timbalan Pengarah, Pejabat Metereologi Kota Kinabalu, Lim Ze Hui, fenomena El Nino dalam intensiti yang kuat boleh menyebabkan fenomena Ekuinoks yang diramal berlaku pada 20 Mac ini.

Kejadian ekuinoks merupakan kejadian tahunan yang menyebabkan bulan Mac dan April lebih panas berbanding bulan lain.

Keadaan ini disebabkan penerimaan amaun hujan yang berkurangan di samping cuaca panas dan kering yang berpanjangan untuk tempoh jangka panjang.Ia sekaligus mempengaruhi taburan hujan di Sabah sekitar penghujung April hingga awal Mei depan.

Bagaimanapun menjelang April cuaca panas ini dijangka berkurangan berikutan bermulanya musim peralihan di mana cuaca akan menjadi lebih lembap dengan kejadian ribut petir pada lewat petang.

Beliau menyatakan demikian dalam temuramah khas bersama RTM di pejabatnya di Wisma Dang Bandang, Kota Kinabalu.

Jelasnya, fenomena cuaca panas itu juga boleh menyebabkan jerebu.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh menyumbang berlakunya jerebu dan menghadkan aktiviti luar terutamanya bagi warga emas, kanak-kanak dan mereka yang sensitif kepada cuaca panas.

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s