16/3/2016: GUNUNG KINABALU DESTINASI LATIHAN TERBAIK PENDAKI DI RANTAU ASIA….

Gunung Kinabalu merupakan destinasi latihan dan persediaan terbaik bagi para pendaki di rantau asia sebelum memulakan ekspedisi mencabar seperti menakluki gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest.

Ini diakui sendiri Pendaki Solo Negara T. Ravichandran yang mengharumkan nama negara melalui misi pendakiannya di seluruh dunia termasuk menakluki Gunung Everest pada tahun 2006.

Menurutnya, Gunung Kinabalu merupakan destinasi latihan yang sangat sesuai kerana ia sangat mencabar selain memerlukan masa yang singkat untuk menamatkan pendakian.

T. Ravichandran yang lebih dikenali sebagai “Ice Man” ditemui media sempena Ceramah Motivasi bersama pendaki terlibat dan pelajar Institute Seni Sabah (S.I.A) di Kota Kinabalu.

Antara pengalaman yang dikongsikan dalam sesi berkenaan termasuklah cabaran yang dilalui sepanjang mendaki gunung di seluruh dunia, kehilangan teman ketika ekspedisi serta pelbagai cabaran lain.

T. Ravichandran berada di Sabah mengetuai seramai 31 pendaki dari seluruh rantau asia yang terdiri daripada pendaki profesional dan pelbagai latar belakang menjalani latihan di Gunung Kinabalu selama tiga hari bermula hari ini.

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s