16/3/2016: JABATAN PENJARA PERLU TINGKATKAN PROFESIONALISME…

Jabatan Penjara Sabah perlu meningkatkan tahap profesionalismenya agar mampu bergerak seiring dengan perubahan masa.

Pengarah Penjara Sabah dan Labuan Suria Idris berkata peranan penjara masa kini semakin mencabar, khususnya dalam memulihkan pesalah yang menjalani hukuman.

Sehubungan itu, setiap pegawai dan anggota perlu bersiap sedia khususnya dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan banduan agar pesalah yang dipulihkan mampu menjadi aset kepada negara selepas bebas nanti

Beliau berkata demikian kepada Pemberita selepas Majlis Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Penjara Malaysia ke- 226 di Kota Kinabalu.

Katanya, pihaknya terbuka menerima modul pemulihan baharu yang mampu mengubah sikap banduan agar tidak mengulangi kesalahan mereka sebelum ini.

Selain itu, mengenai Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) di Sabah, Suria memaklumkan selain di Kompleks Penjara Pusat Kota Kinabalu, terdapat 6 lagi pusat terletak di Labuan, Keningau, Tawau dan Sandakan serta Kota Belud yang mula beroperasi sejak Ogos Lepas.

Menurutnya, pusat itu, yang kini mempunyai 142 penguni, merupakan sebuah usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan Kementerian Pertahanan.

Penghuni di Pusat tersebut lebih mengkhusus dalam kegiatan kemasyarakatan termasuk perkhidmatan penyelenggaraan.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga menyelia sebuah rumah transit di Kota Kinabalu bagi membantu banduan, yang selesai menjalani hukuman, untuk berdikari di luar tembok penjara.

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s