16/3/2016: KAPAL PERANG AMERIKA “USS CHANCELLORSVILLE” DI SABAH SEMPENA LAWATAN ENAM HARI ….

Kapal Perang Tentera Laut Amerika Syarikat “USS Chancellorsville (CG 62) kini berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Teluk Sepanggar Kota Kinabalu, sempena lawatan enam hari ke Sabah.

Menurut Pegawai Pemerintahnya, Kapten Curt Renshaw, lawatan julung kali kapal perang Amerika Syarikat itu antara lain bertujuan untuk melakukan lawatan operasi di Pangkalan TLDM Sepanggar, Kota Kinabalu.

Ia merupakan medan terbaik dalam meningkatkan serta memperkukuh lagi persefahaman antara TLDM dan US Navy menerusi perkongsian pengalaman, kemahiran dan kepakaran kedua-dua negara.

Beliau ditemui media di atas Kapal Perang tersebut di jeti Pangkalan TLDM Sepanggar di Kota Kinabalu.

Sepanjang berada di Sabah, pegawai dan anggota USS Chancellorsville CG 62 akan terlibat menjayakan Program Jiwa Murni di Komuniti Terapi Bukit Harapan di Menggatal selain aktiviti sukan di Pangkalan TLDM Sepanggar.

Kapal perang tersebut dikendalikan lebih 350 kru dan anak kapal selain dilengkapi senjata pemusnah serta sistem radar berteknologi tinggi.

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s