16/3/2016: KEJOHANAN RAGBI ANTARABANGSA BORNEO TUJUH SEBELAH PROMOSI SANDAKAN….

Penganjuran Kejohanan Ragbi Antarabangsa Borneo Tujuh Sebelah yang berlangsung di Sandakan, mampu mempromosi Sandakan sebagai lokasi eko-pelancongan.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Insinyur James Wong berkata, usaha pihak Kesatuan Ragbi Sabah yang menganjurkan sukan ragbi di daerah itu sejak dahulu lagi mempopularkan Sandakan untuk dikunjungi pelancong luar.

Katanya, Sandakan memiliki banyak kawasan menarik untuk dilawati, selain hidangan popular di daerah itu yang akan menggalakkan kehadiran pelancong ke negeri ini, khususnya Sandakan.

Beliau memberitahu sidang media sempena kejohanan ragbi di Sandakan.

Kejohanan ragbi yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini disertai 10 pasukan ragbi dari Belgium, Brunei Darussalam, Singapura, Hongkong dan Australia.

Malaysia diwakili ATM Blackhawks dan ERC Borneo Eagles, Sabah Eagles dan Panthers Blowpipes Rugby Club.

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s