16/3/2016: KERJASAMA RELA DAN PRDM MAMPU KURANGKAN KADAR JENAYAH…

Hubungan erat antara Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis Diraja Malaysia, pasukan keselamatan yang lain serta institusi korporat diyakini memberi impak besar dalam mengurangkan kadar jenayah jalanan.

Ketua Pengarah RELA Malaysia, Datuk Kamariah Mohd Noah berkata, ia kerana segala maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan dengan berkesan menerusi rangkaian penyaluran maklumat yang semakin luas.

Sehubungan itu, dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah dan mengekalkan keamanan setempat, setiap pasukan memerlukan kemudahan untuk melaksanakan tugas tersebut supaya perkhidmatan yang disampaikan kepada rakyat lebih efisyen.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Pusat Khidmat Komuniti RELA (PKKR) di Kompleks Inabah Kamal Semporna.

Mengenai penubuhan PKKR itu, Datuk Kamariah yang juga Ketua Pesuruhjaya RELA berkata, kewujudan PKKR itu bukan sahaja bertujuan menjadi pusat kepada aktiviti RELA dan rondaan keselamatan malah dapat membangkitkan semangat dalam kalangan anggota RELA di kawasan tersebut.

Sementara itu dalam Majlis Pemakaian Pangkat Ahli Bersekutu RELA di Tawau, Datuk Kamariah meminta agar anggota Bersekutu RELA agar tidak menjadikan pangkat yang diterima untuk popular semata-mata atau disalahguna, sebaliknya perlu bertindak aktif dan terus menyumbang kepada masyarakat khasnya dalam aspek keselamatan.

Dalam majlis itu seramai 20 orang dianugerahkan pangkat Ahli bersekutu RELA dari seluruh negeri.

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s