16/3/2016: LAKSANA TRANSFORMASI JADIKAN PERSATUAN PENGAKAP PILIHAN PELAJAR…..

Persekutuan Pengakap Malaysia cawangan Sabah akan melakukan transformasi untuk menjadikan persatuan itu sebagai pilihan utama pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Datuk Dr. Awang Zaini Haji Suntim berkata, ini bagi menarik minat pelajar menyertai persatuan itu yang kini semakin kurang mendapat sambutan berikutan wujudnya banyak persatuan di sekolah.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam majlis penghargaan sempena Jambori Nusantara Antarabangsa Tawau 2016 di Tawau.

Jelasnya, pelbagai pendekatan akan dilaksanakan termasuklah memasyarakatkan pengakap dengan melatih, membimbing dan melaksanakan aktiviti kepimpinan belia selain mengadakan kerjasama dengan persatuan pengakap di negara-negara jiran.

Datuk Dr. Awang Zaini berkata, sebagai sebuah persatuan yang diiktiraf melalui Akta Parlimen, usaha transformasi itu bukan sahaja memperkukuhkan kembali persatuan Pengakap dalam tempoh 5 tahun malah dapat menarik minat generasi muda menyertainya.

Ends/Donny

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s