16/3/2016: PARAS AIR EMPANGAN BABAGON MENURUN…

Paras Air di Empangan Babagon kini semakin menurun dan berada pada paras 117 meter iaitu 55 peratus berbanding 127 meter iaitu 88 peratus pada 20 Januari lalu.

Takungan air di empangan ini berkurangan kerana ia bergantung sepenuhnya kepada jumlah taburan hujan berikutan fenomena El-Nino yang melanda ketika ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah yang juga Jurutera Air Bahagian, Jabatan Air Kota Kinabalu, Insinyur Teo Chee Kong berkata jika cuaca panas berterusan, bekalan air di Empangan Babagon hanya mampu bertahan selama 60-hari untuk membekalkan air ke kawasan Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.

Sekiranya paras air di Empangan Babagon turun hingga 114-meter iaitu kapasiti 50-peratus maka pihaknya akan mengkaji untuk melakukan catuan bekalan air.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita RTM dalam satu temuramah eksklusif yang diadakan di pejabatnya di Kota Kinabalu.

Sekiranya catuan air dilakukan, bekalan air melalui lori-lori tangki akan diberi kepada pengguna kritikal seperti hospital-hospital kerajaan dan stesen janakuasa SESB terlebih dahulu sebelum dibekalkan ke kawasan lain.

Untuk rekod, paras air terendah yang pernah dicatat di Empangan Babagon adalah 102 meter iaitu berkapasiti 25-peratus semasa fenomena El-Nino 1998.

Insinyur Teo juga menasihati pengguna menghubungi talian hotline 088-711 767 sekiranya berlaku sebarang kebocoran paip air dan gangguan bekalan air di kawasan masing-masing.

ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s