16/3/2016: PPM TAHAN DUA INDIVIDU KERANA DISYAKI MILIKI MYKAD PALSU….

Pasukan Polis Marin (PPM) menahan, masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 41 tahun dan 48 tahun kerana disyaki menggunakan kad pengenalan palsu ketika cuba memasuki Malaysia melalui perairan Tawau, semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun berkata, kedua-dua individu itu ditahan, selepas anggota PPM yang sedang melakukan rondaan Op Landai di kawasan perairan laut Sabindo, menahan sebuah bot laju dari arah Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik, kira-kira 11.30 pagi.

Bercakap dalam satu kenyataan di Tawau, beliau berkata, terdapat seorang tekong berusia 22 tahun dan dua penumpang dalam bot laju berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati tekong itu memiliki pasport, sementara kedua-dua penumpang menunjukkan kad pengenalan agak kabur dan kemudian mengaku membeli MyKad daripada seseorang dengan harga seribu ringgit sekeping.

Kedua-dua penumpang terbabit ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara kerana menggunakan atau memiliki kad pengenalan palsu.

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s