16/3/2016: RANGKA STRATEGI DAKWAH YANG DILAKSANAKAN DI NEGERI INI…

Jawatankuasa Khas Penyelarasan Dakwah dan Hal Ehwal Islam akan bermesyuarat dua bulan sekali bagi merangka strategi dakwah yang dijalankan di negeri ini.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd. Ariffin Haji Mohd. Ariff berkata, menerusi mesyuarat itu, semua agensi dakwah di Sabah akan membentangkan perancangan program dakwah sepanjang tahun untuk diselaraskan supaya ia lebih sesuai dan mendapat kerjasama semua pihak.

Beliau ditemui media selepas mengiringi Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr.Yusri Mohamad mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri, Kota Kinabalu.

Datuk Ariffin berkata, kerajaan negeri bersama agensi dakwah seperti YADIM juga sentiasa bekerjasama menjalankan aktiviti dakwah khususnya melibatkan generasi muda.

Katanya, penyelarasan bersama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dengan YADIM sebelum ini berjaya menganjurkan program dakwah yang mampu menarik minat generasi muda mendekati Islam.

Ends/Donny

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s