16/3/2016: TINGKATKAN KESEDARAN KEPENTINGAN PROFESION KERJA SOSIAL….

Kesedaran terhadap kepentingan profesion kerja sosial amat penting bagi memberi pendedahan terhadap tanggungjawab dan fungsi pekerja sosial dalam masyarakat.

Ini kerana kerja sosial merupakan satu profesion yang melibatkan perkhidmatan bagi menangani masalah, meningkatkan kefungsian sosial, taraf kehidupan individu, keluarga dan komuniti.

Menurut Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr. Ismail Ali, profesion kerja sosial juga amat penting dalam menyediakan perkhidmatan yang berteraskan pengetahuan kerja sosial, nilai dan prinsip kerja sosial serta etika profesion kerja sosial.

Beliau berucap merasmikan sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia 2016 Peringkat UMS di Kota Kinabalu. Teks beliau dibacakan Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Profesor Madya Dr. Mohd Dahlan Abdul Malek.

Hari Kerja Sosial Sedunia merupakan sambutan tahunan yang diilhamkan Persatuan Antarabangsa Kerja Sosial iaitu sebuah organisasi global yang memperjuangkan keadilan sosial, hak asasi manusia dan pembangunan sosial.

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s