16/3/2016: UMNO PUTATAN SOKONG SEBULAT SUARA KEPIMPINAN NAJIB….

UMNO bahagian Putatan sebulat suara menyatakan sokongan penuh dan mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO serta Perdana Menteri.

Ketua UMNO bahagian Putatan Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata ketetapan itu dicapai dalam mesyuarat anggota jawatankuasa bahagian itu yang dipengerusikan beliau.

Dalam mesyuarat tersebut, UMNO Putatan juga sebulat suara menyokong kepimpinan Datuk Seri Musa Aman sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Ketua Menteri Sabah.

Datuk yahya Menyatakan demikian kepada Pemberita di Kota Kinabalu

Pada masa sama, Datuk Yahya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah, berkata UMNO Putatan turut membantah sekeras-kerasnya ‘Deklarasi Mahathir’ yang dipelopori bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pihak pembangkang yang menuntut agar perdana menteri meletakkan jawatan.

Katanya, Deklarasi tersebut adalah satu cara yang tidak demokratik.

Sehubungan itu, beliau mendesak agar semua anggota UMNO yang bersekongkol dengan kumpulan ‘Deklarasi Mahathir’ atau mana-mana pihak yang mempunyai pendekatan yang sama dipecat daripada parti serta-merta.

Sementara itu, Yahya berkata mesyuarat berkenaan membincangkan tentang persediaan mengadakan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO yang akan berlangsung dari 18 Mac hingga 1 Mei ini.

UMNO Putatan memilih 26 Mac hingga 24 April ini sebagai tarik melaksanakan mesyuarat berkenaan.

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s