16/3/2016: YADIM SABAH SASAR WUJUD 10 PASUKAN SUKARELAWAN AL-FALAH DALAM TEMPOH LIMA TAHUN…

Yayasan Pembangunan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Negeri Sabah menyasarkan untuk mewujudkan 10 pasukan sukarelawan Al-Falah di negeri ini dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Pengarah YADIM Sabah, Haji Samin Ongki berkata, penubuhan sukarelawan Al-Falah yang merupakan salah satu program dakwah YADIM itu menggalakkan masyarakat menggerakkan aktiviti kebajikan, kemanusiaan dan pendidikan di kawasan masing-masing.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas pelancaran sukarelawan Al-Falah bagi masjid di Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Pasukan sukarelawan itu adalah yang pertama bagi masjid di negeri ini.

Haji Samin berkata, setiap pasukan itu dianggotai 40 orang berumur 15 tahun ke atas dan terbuka kepada mereka yang meminati kerja-kerja sukarelawan.

Sementara itu, Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad ketika ditemui memaklumkan YADIM menyasarkan untuk mempertingkatkan jumlah pasukan sukarelawan itu kepada 50 pasukan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Setakat ini, terdapat 30 pasukan sukarelawan Al-Falah di seluruh negara.

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s