5/4/2016: BEKALAN AIR KEPADA KAMPUNG TERJEJAS KEMARAU SENTIASA DISALURKAN…

Penolong Jurutera Jabatan Air Beaufort, Matshady Matbidin, memberitahu, bekalan air bersih bagi kampung-kampung yang dilaporkan terjejas sebelum ini, sentiasa disalurkan.

Menurutnya, Jabatan Air Beaufort menyalurkan sekurang-kurangnya 600-gelen air atau 2-tangki bagi setiap rumah yang terjejas setiap kali menerima aduan bekalan air terputus dari penduduk kampung berdaftar.

Tambahnya, dalam sehari, sebanyak 30-juta liter air sehari dikeluarkan loji air Beaufort.

Dalam tinjauan RTM sebelum ini mendapati, sebanyak 30-kampung mengalami gangguan bekalan air bersih ekoran fenomena El-Nino. Daripada jumlah itu, hanya 17-kampung berdaftar, sementara yang lain menggunakan punca air seperti graviti dan telaga.

Menurutnya, agihan air kepada kampung-kampung yang tidak berdaftar serta yang menggunakan punca air lain, dijalankan bersama dengan pihak Pejabat Daerah Beaufort, Jabatan Air dan Majlis Daerah Beaufort serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sejak fenomena El-Nino melanda negara pada Januari lepas, jumlah kampung di Beaufort yang terjejas meningkat dengan kadar 6 hingga 7 kampung setiap bulan.

Oli/Esna/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s