5/4/2016: IPU DI BEAUFORT SEMAKIN BAIK…

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Beaufort semakin baik. Setakat pukul 2 petang tadi, catatan IPU menurun kepada 90 berbanding 93, pagi tadi.

Menurut Jurucakap stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah, bacaan itu menunjukkan tahap sederhana mengikut skala IPU.

Sementara itu, daerah Kota Kinabalu juga menunjukkan sedikit penurunan IPU kepada 62 berbanding 66 pagi tadi.

Keningau pula mencatat IPU 57. Manakala, daerah Sandakan dan Tawau mencatat IPU sama, iaitu 31.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Sementara itu, menurut laman sesawang Jabatan Metereologi, setakat pagi tadi, Keningau merekodkan suhu 35.5 darjah Celsius, Kota Kinabalu 34.3, Kudat 33.2, Ranau 33.1, Sandakan 32.3 dan Tawau 31.3 celsius.

Rtka/Rtka/DONNY

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s