5/4/2016: JEREBU:TIDAK BERI KESAN TERUK KEPADA SEKTOR PERTANIAN DI SABAH…

Jerebu yang melanda beberapa kawasan di negeri ini sejak beberapa hari lepas, tidak memberi kesan teruk kepada sektor pertanian di Sabah.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Sabah, Ribin Wahid.

Menurut Ribin, pihaknya telah membuat pemantauan dari masa ke semasa untuk melihat kesan jerebu berkenaan. Setakat ini tiada tanaman yang terjejas teruk.

Bagaimanapun, jika jerebu berterusan, ia akan memberi kesan buruk terhadap produktiviti tanaman.

Beliau memberitahu demikian ketika dihubungi di Kota Kinabalu.

Tambahnya, walaupun sektor pertanian di Sabah tidak terjejas akibat jerebu, namun ia menerima kesan musim kemarau yang berlanjutan sejak awal tahun ini.

Ia termasuk beberapa kawasan mengalami penurunan pengeluaran hasil tanaman akibat musim kemarau seperti di kawasan Kundasang, Penampang dan Papar. Bagaimanapun katanya, bekalan di Sabah masih mencukupi.

Bernama/Esna/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s