5/4/2016: JPS LAKSANA PROJEK PERHUTANAN MASYARAKAT…

Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) melaksanakan Projek Perhutanan Masyarakat yang menjurus kepada aktiviti pemuliharaan hutan di 400 kampung di Hutan Simpan dan kawasan berhampiran sejak 2007, melibatkan kos 27 juta ringgit.

Timbalan Pengarah JPS, Frederick Kugan berkata, kos projek tersebut diperoleh menerusi tabung kutipan hasil hutan tahunan jabatan itu bagi memastikan pemuliharaan hutan simpan dilakukan dengan penglibatan masyarakat.

Antara projek berkenaan ialah penyediaan kemudahan asas dan rumah bagi memastikan masyarakat dilibatkan dalam memulihara hutan simpan.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Bengkel Pembangunan Hala Tuju Nasional Mengenai Perhutanan Sosial
Sabah di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) Sepilok, Sandakan.

Katanya, Pengurusan Hutan Mapan (SFM) yang dilaksanakan sejak 1997 merupakan konsep perhutanan sosial di bawah jabatan itu bagi memastikan Hutan Simpan di Sabah diuruskan secara kekal.

Menjelang tahun 2025, seluas 30 peratus hutan di negeri ini akan dilindungi secara menyeluruh merangkumi 2.2 hektar hutan simpan.

Bernama/Esna/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s