5/4/2016: KERAJAAN USAHA TAMBAH ASET LANCAR PROSES PENGHANTARAN AIR KEPADA PENDUDUK..

Kerajaan negeri sedang memohon menambah aset dalam bentuk lori pengangkut air untuk melancarkan proses penghantaran air kepada penduduk terjejas di beberapa daerah.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, penyelesaian jangka pendek itu diambil bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air ketika cuaca panas dan kering.

Beliau ditemui media selepas program Hari Jeraya Sabah 2016 di Kota Kinabalu.

Bagi penyelesaian jangka masa panjang pula, kerajaan mempertimbang pembinaan empangan kecil di kawasan-kawasan yang sesuai, selain berusaha merawat dan meneutralkan air di Lombong Tembaga Mamut di Ranau.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah, Insinyur Teo Chee Kong berkata, paras air Empangan Babagon yang membekalkan air di kawasan Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, pada tahap 41 peratus dengan 10 juta meter isipadu air.

Beliau yakin, jumlah air di empangan tersebut mampu bertahan sehingga Ogos ini.

Rtka/Rtka/Maria/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s