5/4/2016: PEMBINAAN JALAN RAYA DI SABAH, AMBIL KIRA FAKTOR BENCANA ALAM…

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman memberitahu, Kerajaan Negeri Sabah akan mengambil kira faktor bencana alam seperti gempa bumi dalam pelaksanaan projek pembinaan jalan raya di negeri ini.Sehubungan itu, kerajaan Negeri akan mempelajari cara dan kaedah teknologi terkini pembinaan jalan raya di negara yang sering mengalami gempa bumi seperti Taiwan.

Katanya, kerajaan turut merangka pelbagai strategi berhubung sistem pengurusan trafik melalui penaikan taraf jalan raya dari satu lorong kepada dua atau tiga lorong, pembinaan jejambat dan mempertimbangkan pembinaan sistem pengangkutan baharu iaitu ‘Bas Rapid Transit (BRT)’.

Dalam perkembangan berkata, beliau memberitahu, pelancaran projek Lebuhraya Pan Borneo bagi negeri Sabah akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 23 April ini.

Pembinaan projek tersebut melibatkan naik taraf jalan sedia ada sepanjang 706 kilometer kepada 4 lorong 2 hala dengan kos pembinaan sejumlah 12.8 bilion ringgit. Fasa pertama projek melibatkan jalan raya dari Sindumin ke Kudat dan Batu 32, Sandakan ke Tawau. Pembinaannya dijangka siap pada tahun 2021.

Rtka/Rtka/Maria/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s