5/4/2016: PENJAWAT AWAM: TINGKAT KEUPAYAAN DIRI HADAPI CABARAN GLOBALISASI…

Pegawai perkhidmatan awam negeri perlu meningkatkan keupayaan diri bagi menghadapi cabaran globalisasi.

Ini termasuk memupuk sikap dan budaya kerja baru, meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan serta prihatin terhadap aduan rakyat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Hj. Mohd. Ariffin Hj. Mohd. Arif berkata, hal itu demi memastikan perkhidmatan awam terus relevan dalam pembangunan negeri ini, sekaligus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Jelasnya, pendekatan tersebut selaras saranan pucuk pimpinan negara iaitu menerusi konsep tinjauan mesra untuk memahami dan menyelami masalah rakyat.

Beliau berucap pada Majlis Sekalung Budi Seikhlas Penghargaan sempena Program JPAN With ā€œUā€ di Sandakan. Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Perkhidmatan Awam Sabah, Datuk Nordin Siman.

Katanya, kerajaan akan meneruskan usaha dalam meningkatkan produktiviti serta kecekapan sumber manusia perkhidmatan awam ke arah menjadikan negara lebih berdaya saing.

Seramai 30 pesara penjawat awam bertugas dalam sektor awam negeri yang menamatkan perkhidmatan antara 9 September 2015 hingga 5 April 2016 diraikan dalam majlis itu.

Dman/Esna/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s