5/4/2016: RELA SABAH PEROLEHI PERSIJILAN EKSA…

Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)Sabah menjadi cawangan Rela pertama di Malaysia memperoleh pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).Pengarah Samasuddin Lawe berkata pihaknya mula mengamalkan EKSA sejak September 2015 dan berjaya mendapat pensijilan cemerlang daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) pada 1 Mac lepas.

Kejayaan tersebut susulan pencapaian Rela Sabah memperoleh pensijilan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis penganugerahan sijil berkenaan yang disampaikan Timbalan Pengarah MAMPU Sabah Zellina Abdul Rahman di Kota Kinabalu.

Sementara itu, Zellina berkata sejak diperkenalkan pada tahun 2014, sebanyak 56 agensi persekutuan dan negeri di Sabah berjaya memperoleh pensijilan EKSA.

Beliau berharap, lebih banyak agensi akan melaksanakan EKSA yang mampu memupuk semangat bekerja dengan persekitaran kerja kelas pertama, selamat serta kondusif.

Rtka/Rtka/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s