5/4/2016: UMS MAMPU KEMBANGKAN LEBIH BANYAK INDUSTRI DI SABAH…

Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu menggembangkan lebih banyak industri di Sabah menerusi pengkomersilan inovasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Innovation Hub, Vincent Wong Wai Sang berkata, UMS boleh melakukan inovasi pelbagai sektor di negeri ini, termasuklah sektor minyak sawit, sektor pertanian dan pelbagai produk herba.

Beliau berkata demikian dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara UMS dan M.I.H untuk bekerjasama dalam pengkomersilan inovasi di Bangunan Canselori UMS, Kota Kinabalu.

MOU itu ditandatangani Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah dan Vincent Wong.

Dalam ucapannya, Datuk Dr. Mohd Harun menyatakan, bidang kerjasama antara UMS dan M.I.H tersebut melibatkan perkongsian teknikal UMS serta perkongsian kepakaran mengkomersil M.I.H. Ia turut melibatkan perkongsian penggunaan kemudahan dan peralatan penyelidikan di UMS juga sumber-sumber M.I.H.

Kerjasama itu dilaksana sebagai menyokong usaha kerajaan untuk memupuk dan merancakkan ekosistem inovasi dan menyemarakkan lagi Tahun Pengkomersilan Malaysia 2016. Di samping, mengkomersilkan produk penyelidikan dan pembangunan UMS ke peringkat antarabangsa.

Jb/Esna/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s