5/4/2016: UNIVERSITI AWAM: BANTU USAHA RAPATKAN JURANG DIGITAL..

Universiti-universiti awam berperanan penting membantu usaha kerajaan merapatkan jurang digital negara.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata, kerjasama UMS dan Universiti Utara Malaysia UUM menganjurkan persidangan berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) mampu menjayakan usaha murni kerajaan itu.

Beliau berkata, kemudahan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dan Program Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia (KTW1M) yang menyediakan akses internet percuma kepada penduduk luar bandar juga boleh memberi manfaat kepada pembangunan ICT.

Datuk Dr. Mohd. Harun berucap dalam Majlis Perasmian Persidangan Transformasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Antarabangsa 2016 di Auditorium Pascasiswazah UMS, Kota Kinabalu.

Teks ucapannya disampaikan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. D Kamaruddin D Mudin.

Rtka/Rtka/salma/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s