9/4/2016: EL-NINO TIDAK ANCAM HIDUPAN MARIN DI LABUAN…

Peningkatan suhu air laut berikutan fenomena El-Nino ketika ini, tidak menjejaskan pendaratan penyu dan pembiakan terumbu karang di Taman Laut Labuan.

Kajian menunjukkan pendaratan penyu bagi suku pertama tahun ini dan tempoh sama tahun lalu, menunjukkan jumlah yang hampir sama dan tidak ada pengurangan pendaratan penyu berikutan cuaca panas yang melanda negara.

Ketika bercakap di Labuan, Pengarah Jabatan Taman Laut Labuan, Anuar Deraman berkata, sekurang-kurangnya tujuh sarang yang menempatkan seribu 556 telur, sedang menetas setakat ini.

Berdasarkan pemantauan yang dilakukan dari Januari hingga semalam, mendapati tidak ada terumbu karang yang mengalami masalah pelunturan. Manakala, pendaratan penyu dalam tempoh sama tahun lalu juga tidak mempunyai perbezaan ketara.

Justeru, pihaknya akan terus melakukan pemantauan di sekitar taman laut itu, yang turut menempatkan Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil.

Pemantauan tertumpu kepada pembiakan terumbu karang serta hidupan marin seperti penyu.

Ends/Bernama/Esna/Donny.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s