9/4/2016: JEREBU: BONGAWAN CATAT IPU TIDAK SIHAT…

Perkembangan jerebu di Sabah. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Bongawan setakat pukul 9 pagi tadi mencatat IPU tidak sihat iaitu 191.

Sementara, menurut Jurucakap stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (J.A.S) Sabah, Kota Klias, Beaufort pula dilaporkan semakin baik, dengan catatan IPU kekal 73, setakat pukul 10 pagi tadi.

Dalam laman sesawang JAS, setakat pukul 10 pagi TADI, Keningau dan Kota Kinabalu mencatat IPU sederhana iaitu masing-masing 51 dan 53.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal Jabatan Alam Sekitar di apims.doe.gov.my. untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Ends/ed/fu/Rina/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s