9/4/2016: KENALPASTI LANGKAH PENYEDIAAN BEKALAN ELEKTRIK KEPADA PENDUDUK LONG PASIA…

Kajian terperinci perlu dilakukan bagi mengenalpasti langkah terbaik dalam penyediaan bekalan elektrik kepada penduduk Kampung Long Pasia di Sipitang.

Pada masa ini, lebih 90 rumah di kampung Long Pasia menggunakan sistem solar untuk mendapat bekalan elektrik yang digunakan sejak tahun 1996, namun kini mengalami kerosakan.

Menurut Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Borhan Dolah, antara langkah yang akan diambil perhatian ialah membangunkan penjanaan elektrik mini hidro, melaksanakan sistem solar hibrid berpusat dan pemasangan sistem grid penghantaran bekalan elektrik apabila projek penurapan jalan raya ke kampung itu dilaksana.

Bagaimanapun katanya, projek penurapan jalan raya ke kampung Long Pasia yang sepatutnya dilaksanakan tahun ini, ditangguhkan.

Datuk Borhan menjelaskan demikian kepada pemberita selepas Program Walkabout beliau ke Long Pasia, Sipitang.

Dalam pada itu, Wakil Rakyat Sindumin, Datuk Haji Ahmad Bujang mencadangkan penjanaan elektrik mini hidro di kampung itu buat sementara kerana kos lebih murah.

Ends/JB/Esna/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s