9/4/2016: LAKSANA AKTIVITI KEAGAMAAN BERPANDUKAN AJARAN ISLAM SEBENAR…

Umat islam diminta agar tidak terlalu mengikut adat dan kepercayaan dalam melakukan sesuatu perkara berkaitan agama, sebaliknya berpandukan ajaran islam sebenar.
Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Nilwan Kabang berkata, walaupun masyarakat mempunyai hak ke atas adat, budaya dan kepercayaan masing-masing, namun ajaran islam wajib diutamakan. Ia bagi menghindar kesesatan akidah yang memesongkan pemikiran umat islam.

Justeru, beliau meminta pihak berkaitan agama agar mengadakan lebih banyak kursus untuk membimbing umat islam khususnya di luar bandar daripada terjebak ajaran sesat.

Beliau berucap merasmikan Penutupan Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat Ladang Giram di Kunak.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan menggantung aktiviti tukar barang di semua pelabuhan negeri ini dengan Selatan Filipina, Datuk Nilwan menyambut baik pelaksanaanya terutama dalam memastikan perairan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) mampu membendung jenayah rentas sempadan.

Ends/Masniah/Esna/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s