9/4/2016: SABAH CATAT KEMENANGAN…

Saingan Liga Perdana. Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, jaringan tunggal pemain tengah, Dedi Kusnandar membantu Sabah menang tipis 1-0 ke atas pasukan KL Sime Darby FC, MALAM TADI.

Gol tersebut hasil daripada sepakan sudut Marco Tulio Lopes Silva yang ditanduk tepat Dedi pada minit ke-76 separuh masa kedua, menewaskan penjaga gol pasukan pelawat, Mohd. Redzuan Harun.

Selain jaringan Dedi itu, tidak banyak aksi menarik dipamerkan kedua-dua pasukan sepanjang permainan.

Ketua Jurulatih Sabah, Vjeran Simunic berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya yang rata-ratanya dibarisi pemain muda.

Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut Sabah selepas kemenangan sulung 3-1 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) minggu lalu.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad bimbingan Vjeran Simunic mengutip mata ketujuh daripada tujuh perlawanan seterusnya keluar dari zon penyingkiran.

Sabah akan meneruskan cabaran menentang Selangor PKNS FC di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 19 April depan.

Ends/Donny/Esna/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s