24/03/2017:ADUN TUNGKU MENINGGAL DUNIA

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Datuk Ustaz Haji Mohd Suhaili Said, meninggal dunia pada usia 57 tahun akibat sesak nafas di Hospital Gleneagles Ampang, Kuala Lumpur, 3.30 petang tadi.

    Ketika mengesahkan perkara itu, anak Allahyarham, Ibrahim Datuk Haji Mohd Suhaili memberitahu, ayahnya dimasukkan ke hospital tersebut pada 20 Mac lalu selepas mengadu tidak sihat sekembalinya bercuti dari luar negara.

    Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Dayang Sopiah Datu Jamiuddin dan enam orang anak.

    Allahyarham yang merupakan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) juga memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Silam, selain menjadi Ahli Lembaga Pengarah FELDA.

    Allahyarham Datuk Haji Mohd Suhaili mendapat Ijazah Syariah dan Undang-Undang dari Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1984.

    Penglibatan politik Allahyarham bermula apabila dilantik sebagai ADUN dilantik pada 1999 sebelum memenangi kerusi bagi DUN Tungku selama tiga penggal berturut-turut pada 2004, 2008 dan 2013.

Ends/Donny            (Fla/Stat)-sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s