24/03/2017:Bantu Usahawan Kecil Majukan Perniagaan

Pembinaan kiosk dan kedai di Anjung Muara Beluran dengan reka bentuk moden di atas tanah seluas 0.4 hektar dapat membantu usahawan kecil di daerah itu memajukan perniagaan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib berkata, pembinaan di kawasan itu juga menterjemahkan usaha kerajaan membangunkan kawasan luar bandar termasuklah menerusi pemerkasaan usahawan bumiputera.

Beliau berucap dalam majlis pemimpin bersama rakyat sempena lawatan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman ke Beluran.

Datuk James yang juga Pengerusi Sedcovest Holding Sendirian Berhad berkata, sehingga kini, Sedcovest telah memperuntukkan 102-juta ringgit bagi membina dan menyediakan premis untuk usahawan kecil memajukan perniagaan mereka.

Sejak ditubuhkan, lebih 10-ribu peserta telah menyertai latihan dan kursus anjuran Sedcovest. Manakala pusat inkubator milik Sedcovest di Kota Kinabalu turut menawarkan khidmat nasihat keusahawanan dan kemudahan lain.

Ends/Donny            (Dman/cov)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s