24/03/2017:JKR Diminta Percepat Naiktaraf Jalanraya

Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta mempercepatkan projek naiktaraf jalan raya membabitkan pengaspalan Jalan Suakolong, Mengkapon dan Jalan Bonggol, Pitas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Abd. Mijul Haji Unaini berkata, penaiktarafan jalan berkenaan bukan sahaja memudahkan sistem perhubungan malah dapat meningkatkan sosio-ekonomi penduduk di daerah tersebut.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas merasmikan program Sepakat Komuniti 1Malaysia Daerah Pitas 2017.

Katanya, permintaan mempercepatkan projek naiktaraf itu turut disuarakan penduduk menerusi program tersebut, yang merupakan sebahagian daripada program pemimpin bersama rakyat.

Selain masalah kerosakan jalan, masalah bekalan air bersih, masalah dokumentasi penduduk serta keciciran bantuan kebajikan antara masalah yang disuarakan penduduk menerusi program berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Daerah Pitas, Bubudan O.T Majalu memberitahu, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Mahkamah Bergerak supaya dapat membuka kaunter pendaftaran lewat dokumentasi kepada penduduk kampung di daerah tersebut.

Ends/Donny                (Shon/cov)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s