24/03/2017:MBS Pelawa Belia Sertai Karnival Futsal Piala Presiden MBS

Majlis Belia Sabah (MBS) mempelawa belia yang berminat untuk menyertai Karnival Futsal Piala Presiden MBS kali ke-6 yang diadakan pada 22 dan 23 April depan.

Karnival dua hari itu berlangsung di Futsal Yayasan Sabah, Kota Kinabalu.

Dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu, Presiden MBS, Nourman Rayn berkata, karnival tersebut bagi memberi pendedahan kepada belia mengenai gaya hidup sihat selain menanam semangat kesukanan dan setiakawan.

Menurutnya, pihak penganjur mensasarkan 100 pasukan menyertai pertandingan tersebut membabitkan peserta berumur 15 hingga 40 tahun.

Turut diadakan, mini pameran daripada jabatan dan agensi kerajaan serta institusi pengajian tinggi.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi MBS di talian 213559 atau melayari Facebook Majlis Belia Sabah.

(16)/Ends/Donny                (Mary/Diyana/Stat)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s