24/03/2017:Perkukuh Kerjasama Antara Ibubapa Dan Guru

Kerjasama ibubapa dan guru perlu diperkukuhkan bagi membantu pelajar berjaya dalam pelajaran.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Nilwan Kabang berkata, kerjasama itu boleh diperkukuhkan menerusi penglibatan secara aktif ibubapa dalam persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).

Menerusi persatuan itu, ibubapa dan guru dapat saling bertukar-tukar idea serta cadangan bernas bagi meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar dan sekolah.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung PIBG di Sekolah Kebangsaan Madai, Kunak.

Datuk Nilwan yang juga Wakil rakyat Kunak berkata, kerajaan sentiasa menambahbaik kemudahan serta memperkasakan sistem pendidikan agar kualiti pembelajaran berada pada tahap terbaik.

Dalam majlis itu, Datuk Nilwan turut mengumumkan 15-ribu ringgit bagi pembinaan dewan terbuka sekolah tersebut.

Ends/Donny                (Qyum/cov)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s