24/03/2017:Promosi Kudat Sebagai Destinasi Pelancongan

Kerajaan persekutuan memperuntukkan 22-juta ringgit bagi melaksanakan empat projek pembangunan infrastruktur di daerah Kudat, tahun ini.

Pegawai Daerah Kudat, Sapdin Ibrahim berkata, empat projek itu membabitkan pembinaan Kompleks Sukan Kudat, Muzium Tun Mustapha, naiktaraf Tamu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pembinaan Taman Awam Bandar Kudat.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita RTM selepas Taklimat Pembangunan Daerah Kudat kepada rombongan Kembara Media Negaraku 2017 di Pejabat Daerah Kudat.

Katanya, kesemua projek berkenaan dijangka siap dalam tempoh satu hingga dua tahun bergantung kepada saiz pembinaan yang dilaksanakan.

Beliau yakin projek berkenaan bakal mengubah lanskap daerah Kudat serta merancakkan aktiviti pelancongan di daerah itu.

Sapdin berkata, pihaknya juga akan terus melipatgandakan usaha mempromosikan Kudat sebagai destinasi pelancongan di negeri ini.

Ends/Donny                (Sah/cov)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s