24/03/2017:Tingkatkan Komitmen Untuk Kecemerlangan Pelajar KAFA

Pengurusan Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru dan ibubapa perlu meningkatkan komitmen untuk menyerlahkan kecemerlangan pelajar KAFA di negeri ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, meskipun terdapat kekangan dari pelbagai segi, namun mereka perlu istiqamah untuk mempertingkatkan kecemerlangan pada masa hadapan.

Beliau berucap merasmikan Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sekolah Rendah Ugama KAFA di Tawau.

Datuk Haji Tawfiq berkata, sistem pendidikan KAFA memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan pengetahuan akademik dan ilmu agama seterusnya melahirkan modal insan yang memiliki nilai-nilai murni.

Beliau turut memuji KAFA di daerah itu kerana berjaya melahirkan pelajar cemerlang. Ini terbukti apabila 9 daripada 20 pelajar cemerlang di daerah itu adalah pelajar terbaik di peringkat negeri.

Ends/Donny                (Twu/cov)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s