29/3/2017: BOT KARAM: OPERASI SAR MASUK HARI KE-61….

Usaha mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa tragedi bot pelancong yang karam serta hilang di perairan Sabah, Januari lepas, belum menemukan petunjuk baharu dalam operasi yang masuk hari ke-61, hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zubil Mat Som berkata, sektor pencarian meliputi perairan barat laut Pulau Mangalum sehingga perairan Kota Kinabalu.

Dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu, beliau berkata, operasi pencarian melibatkan lima aset iaitu dua milik Maritim Malaysia, satu aset dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan dua aset milik Pasukan Polis Marin.

Beliau berkata, operasi S-A-R berkenaan akan diteruskan sehingga mendapat arahan daripada pihak atasan.

Ends/DNY

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s