29/3/2017: JHEAINS tidak kesan sebarang kegiatan militan DAESH di Sabah…

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) tidak mengesan sebarang kegiatan berkaitan militan Daesh di negeri ini.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd Arif, bagaimanapun berkata JHEAINS akan terus memantau aktiviti berkenaan di peringkat akar umbi.

Pemantauan tersebut dilakukan menerusi khutbah, ceramah atau program anjuran mana-mana institusi berdaftar, termasuk sekolah-sekolah agama.

Sehubungan itu, Datuk Haji Mohd. Arifin menegaskan, setiap sekolah agama sama ada rakyat mahupun persendirian atau madrasah harus berdaftar dengan JHEAINS sebelum memulakan sesi pengajaran, selaras Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1991.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutupan Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Negeri Sabah 1438 Hijrah/2017 Masihi di Pusat Bimbingan Islam Baitul Ehsan Kinarut, Papar.

Ends/DNY

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s