29/3/2017: TELITI DAN SEMAK MAKLUMAT DI MEDIA SOSIAL…

Golongan muda perlu menyemak dan meneliti setiap berita yang disebarkan pembangkang terutama menjelang pilihan raya umum ke-14 bagi mengelakkan mereka terperangkap dengan agenda menjatuhkan kerajaan.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata, sekiranya generasi muda ini mudah terpengaruh dengan dakyah palsu yang disebarkan, mereka berkemungkinan besar membuat keputusan silap semasa PRU itu nanti.

Katanya, perlu dingatkan bahawa tidak semua yang dihebahkan terutama di media sosial itu tepat kerana ia turut dijadikan senjata oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan dan meraih simpati rakyat.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Cawangan Pemuda UMNO Zon Kuala Tomani, Tenom.

Jamawi berkata, bagi menangani penyebaran maklumat yang tidak tepat, berunsur fitnah kepada parti dan kerajaan, Biro Penerangan pergerakan itu telah dan akan terus mengerakkan program penerangan kepada ahli di peringkat akar umbi.

Ends/DNY

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s