Latar Belakang


Bahagian Berita Ehwal Semasa (BES) RTM Sabah menerbitkan berita radio dan TV untuk siaran seperti berikut:-

Siaran Berita Radio terbitan Sabah FM:  Berita Pagi 0630hrs(3-5 minit) dan 0800hrs(10 minit), Berita Utama 1330hrs(3-5 minit), 1630hrs(10 minit), 1930hrs(3-5 minit) dan Berita Malam 2200hrs(3-5 minit).

  • Berita Radio turut diterjemah bagi siaran pelbagai bahasa untuk terbitan Sabah VFM.

Siaran Berita TV berlintas langsung menerusi TV1:

Berita Wilayah 1700hrs dan Berita Nasional 0700hrs

Turut bersiaran di TVi saluran 180 Astro:

0745hrs (BM) dan 1900hrs(KadazanDusun)

Selain berita-berita semasa BES juga menerbitkan laporan khas, sorotan mingguan,rangkuman peristiwa serta berita susulan mengupas pelbagai isu setempat berdasarkan aspirasi Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ di samping memaparkan catatan pencapaian kerajaan selaras dengan ‘Janji Ditepati’.

Terima kasih kerana berkesempatan melawat laman blog kami. Sebagai agen pencetus minda dan penyampai berita terkini dan sahih, kami juga memerlukan sokongan anda menerusi maklumbalas agar kualiti hasil kerja kami terus mendapat tempat teratas  di persada hati pendengar dan penonton prihatin seperti anda.

 ETIKA PENYIARAN

Etika penyiaran berita selari dengan kehendak Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) seperti berikut:

*  Menyalurkan semua maklumat dan dasar yang dipersetujui oleh kerajaan,

*  Menyampaikan berita muktahir,

* Menyiarkan laporan seimbang,

* Menyampaikan laporan dengan padat, jelas dan tepat serta

* Membimbing dan sekaligus menyuarakan kehendak masyarakat.