Category Archives: SOROTAN MINGGU INI

Sorotan Minggu ini merupakan rancangan mingguan memaparkan isu-isu semasa disiarkan setiap hari Ahad di Sabah FM.

16 NOVEMBER 2014: SOROTAN MINGGU INI-Pembudayaan Integriti.

Tidak boleh dinafikan bahawa budaya etika dan integriti amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan pelaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika.

Sebagai usaha membudayakan integriti sebagai cara hidup masyarakat Malaysia, Kerajaan telah mengisytiharkan tarikh 5 November setiap tahun sebagai “Hari Integriti Nasional” bermula pada tahun 2005. Teruskan membaca

9 NOVEMBER 2014: SOROTAN MINGGU INI: PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN.

Sektor pertanian yang merangkumi perladangan, penternakan dan
perikanan merupakan salah satu sektor utama yang turut berkembang
seiring dengan arus pembangunan negara sejak kita mencapai kemerdekaan lagi.

Dengan itu tidak hairanlah jika kerajaan memberi pengiktirafan kepada
industri asas tani sebagai halatuju dan teras pembangunan dengan
meletakkan sektor pertanian sebagai salah satu peneraju utama ekonomi
negara. Teruskan membaca

24 OGOS 2014: SOROTAN MINGGU INI – MERDEKA PADU

Acara kemuncak sambutan Hari kemerdekaan negara ke-57 hanya tinggal satu minggu sahaja lagi, dan pastinya ramai daripada kita ternanti-nanti akan ketibaannya berdasarkan hakikat bahawa perayaan kemerdekaan negara adalah acara terbesar negara yang kita rayakan setiap tahun bermula dengan bulan Merdeka, sambutan hari merdeka itu sendiri dan diakhiri dengan sambutan Hari Malaysia.
 
Untuk itu, Sorotan ingin melanjutkan perbicaraan tentang kemerdekaan dan perpaduan iaitu suatu rahmat yang selama ini telah memberi kita kekuatan dalam menyusuri kepelbagaian.

Teruskan membaca

17 OGOS 2014: SOROTAN MINGGU INI –  MERDEKA – RUKUN NEGARA

Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan bahawa penyatuan kaum merupakan
inti pati kepada keamanan, keharmonian dan kestabilan negara. Usaha
menyatupadukan rakyat negara ini bukanlah sesuatu yang baru malah
telah diperjuangkan sejak negara mencapai kemerdekaan lagi. Teruskan membaca

13 JULAI 2014: SOROTAN MINGGU INI – NUZUL AL QURAN

Kehadiran Ramadan al-Mubarak  merupakan satu rahmat besar yang telah
disediakan oleh Allah S.W.T sebagai satu medan untuk kita semua
membina kualiti keimanan dan ketakwaan. Selain itu kita juga
diingatkan supaya tidak melakukan pembaziran sebaliknya berbelanja
secara berhemah sesuai dengan semangat yang dianjurkan oleh Ramadan.

Semestinya, Ramadan akan kita hiasi siang dan malamnya dengan segala
rupa bentuk ibadah dan amalan soleh seperti berpuasa, bertarawih,
bertadarus dan mentilawahkan al-Quran, berzikir serta bermunajat.
Maka, sudah tentu antara hikmah segala ibadah ini ialah untuk
membangunkan segala sifat dan kualiti terpuji pada diri kita. Teruskan membaca

22 JUN 2014: SOROTAN MINGGU INI -HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT KEBANGSAAN.

Sejak tahun 2000, kita telah menyaksikan kemunculan sebilangan penyakit baru yang mengancam umat manusia.

Negara kita termasuk negara-negara Asia yang lain telah menyaksikan
wabak besar Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk atau SARS, Selesema
Burung dan Japanese Ensefalitis selain daripada ancaman sedia ada
daripada penyakit-penyakit seperti HIV dan Aids. Teruskan membaca

8 JUN 2014: SOROTAN MINGGU INI – HUTAN SABAH.

Keseriusan kerajaan dalam usaha pemuliharaan hutan sememangnya sudah
tidak boleh dinafikan. Malah, bagi negara kita usaha memulihara dan
melindungi alam sejadi, terutamanya kawasan hutan, bolehlah dianggap
sebagai satu perjuangan tanpa penghujung.

Di Sabah khususnya, usaha seperti ini sememangnya telah lama wujud,
semata-mata bertujuan mengekalkan kepelbagaian biologi yang menjadi
kediaman kepada banyak spesis flora dan fauna. Teruskan membaca