Monthly Archives: September 2013

30/09/2013: SESB laksana satu lagi Projek Pencawang masuk Utama…

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan satu lagi Projek Pencawang Masuk Utama (PMU) di Damai-Kolombong bermula tahun depan. Teruskan membaca

30/09/2013: Beri kuasa lebih kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Daerah di Sabah dan Sarawak laksana projek pembangunan pendidikan…

Kerajaan memutuskan untuk memberi kuasa lebih kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah di Sabah dan Sarawak untuk melaksanakan projek-projek pembangunan bawah Kementerian Pendidikan di kedua-dua negeri itu. Teruskan membaca

30/09/2013: Giatmara perkenal sistem pengajian separuh masa Januari tahun depan…

GiatMara akan memperkenalkan sistem pengajian separuh masa bermula Januari tahun depan, khusus untuk mereka yang mempunyai komitmen lain. Teruskan membaca

30/09/2013: Kerajaan ambil pendekatan sistematik tingkatkan kualiti guru baharu…

Kerajaan akan mengambil pendekatan sistematik untuk meningkatkan kualiti guru baharu serta menambah baik kualiti dan profesionalisme guru sedia ada. Ini kerana kualiti guru merupakan penentu utama prestasi pelajar. Teruskan membaca

30/09/2013: Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah sasar 870,000 jualan promosi kraf 2013…

Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah setakat ini berjaya mencapai kutipan jualan lebih 320-ribu ringgit menerusi Promosi Kraf di Pusat Beli-Belah One Borneo, Kota Kinabalu yang akan berakhir 6 Oktober ini. Teruskan membaca

29/9/2013: Rakyat Malaysia Dan Indonesia Perlu Pelihara Dan Mempertahankan Keharmonian Yang Dinikmati

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman mengajak rakyat Indonesia dan Malaysia supaya memelihara dan mempertahankan keharmonian serta hubungan baik yang telah dinikmati selama ini. 

Katanya, nikmat kemerdekaan yang dinikmati oleh kedua negara perlu di pertahankan untuk kesejahteraan rakyatnya pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian pada majlis hari memperingati sambutan kemerdekaan Indonesia ke-68 tahun di Tawau. Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu.Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat.

Menurut Datuk Musa Malaysia dan Indonesia adalah dua Negara berjiran dengan pertalian darah dan budaya yang mekar sejak ratusan tahun yang lalu.

Datuk Musa juga berkata, rakyat kedua-dua Negara juga telah menunjukkan kometmen yang tinggi dalam mencapai kejayaan yang lebih baik dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Sehubungan dengan itu katanya, rakyat kedua negara perlu terus bergerak ke hadapan dengan meningkatkan kerjasama dan hubungan baik yang telah terjalin antara kedua pihak untuk mencapai kejayaan tersebut.

~Tawau-Radik

~mdre

29/9/2013: Kedatangan Pelancong Ke Sabah Meningkat 84 % Dalam Tempoh 7 Bulan Pertama Tahun Ini

Kedatangan pelancong ke negeri ini telah meningkat sebanyak 84 peratus dalam tempoh 7 bulan pertama tahun ini. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun berkata, peningkatan tersebut adalah disebabkan keyakinan para pelancong asing mengenai tahap keselamatan yang begitu terjamin di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan temasya Tour de Sabah 2013 kali ke-6 di Tuaran.Tambahnya, semua pihak terutama barisan hadapan dalam industri pelancongan memainkan peranan penting dalam mencerminkan kualiti dan mutu industri pelancongan negeri ini.

Beliau menegaskan bahawa mutu perkhidmatan yang cemerlang dalam pengurusan pelancongan merupakan aspek yang harus diberi penekanan agar menjadi tarikan kepada para pelancong.

Mengenai kejayaan penganjuran temasya Tour de Sabah 2013, Datuk masidi memuji kecekapan Polis DiRaja Malaysia PDRM dalam memastikan penganjuran itu dianjurkan dengan cemerlang.

Seramai 50 peserta dari luar negara seperti Australia, United Kingdom, Afrika Selatan, New Zealand, Hong Kong selain Malaysia menyertai temasya tersebut yang berakhir SABTU depan. Pada majlis itu Pihak Tour de Sabah turut telah menyampaikan sumbangan sebanyak 10-ribu ringgit kepada Rumah Putra Harapan, Ranau.

~oli/faizal/cvr-Radik

~mdre