Monthly Archives: September 2014

30/09/2014: Patuhi arahan tempoh perintah berkurung.

Nelayan dinasihatkan agar mematuhi arahan tempoh perintah berkurung yang bermula 5-pagi hingga 7-malam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Mohd Zain berkata langkah itu demi memastikan keselamatan nelayan dan memudahkan pihak keselamatan menjalankan tugas mengenal pasti penjenayah atau penceroboh. Teruskan membaca

30/09/2014: Penubuhan Pusat Penyelidikan Pulau-Pulau Kecil Brtepatan Usaha Bendung Ancaman Jenayah Rentas Sempadan.

Penubuhan Pusat Penyelidikan Pulau-Pulau Kecil (SIRC) di Sabah oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertepatan usaha kerajaan membendung ancaman jenayah rentas sempadan daripada berulang, khususnya kes penculikan yang berlaku di kawasan Pantai Timur negeri ini. Teruskan membaca

30/09/2014: Semua Calon UPSR Di Sabah Hadir Peperiksaan Ulangan Hari Ini.

Semua calon Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Negeri Sabah hadir menduduki peperiksaan ulangan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains, HARI INI. Teruskan membaca

30/09/2014: Syarikat Berkaitan Kerajaan Dan Agensi Kerajaan Digesa Bekerjasama Merasionalkan Harga Rumah.

Syarikat Berkaitan Kerajaan seperti Telekom Malaysia dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. digesa bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Air dalam membantu merasionalkan harga rumah pada tahap rendah. Teruskan membaca

29/09/2014: Kerajaan negeri sedang berusaha mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu hak tanah.

Datuk Ewon memaklumkan, kerajaan negeri sedang berusaha mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu tuntutan hak dan pengurusan tanah penduduk di Kampung Sinurai, Ulu Sugut Ranau. Teruskan membaca

29/09/2014: Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera SME Corp.

Setakat ini, SME Corporation Malaysia (SME Corp) Sabah menerima 160 penyertaan bagi fasa pertama Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE). Teruskan membaca

29/09/2014: Mohamad Azhari Hazalan dari Sandakan muncul juara Bintang Sandakan FM

Mohamad Azhari Hazalan dari Sandakan muncul juara Bintang Sandakan FM dalam pertandingan akhir yang berlangsung di perkarangan Majlis Perbandaran Sandakan, malam tadi. Teruskan membaca